Kelab Jutawan Sri Bangsar? Wow! Ekslusifnya nama kelab terbaru yang ditubuhkan di Sekolah Sri Bangsar! Membuatkan semua berbisik teruja. Mesti sertai kelab baru yang cool bunyinya!Tidak ketinggalan sibuk mahu turut serta tentulah kumpulan The Wannababes. Yalah, siapa lagi yang layak digelar jutawan jika bukan mereka bertujuh? Mereka sememangnya tujuh pelajar paling kaya dan paling bergaya di seluruh antero sekolah. Selayaknya mereka dilantik jadi teraju utama!Sewaktu pertemuan pertama, misi kelab diterangkan dengan lebih terperinci. Kelab Jutawan Sri Bangsar sebenarnya penjenamaan baru bagi Kelab Usahawan. Kelab yang mahu mendidik ahlinya berniaga. Berusaha sendiri mendapatkan kewangan supaya nanti boleh bergelar jutawan berjaya.Sebaik mendengar misi bosan lagi skema itu, tujuh The Wannababes serentak bangun angkat kaki. Urgh! Mereka tidak mahu sertai Kelab Usahawan. Bosan, tidak trendi dan tidak minat mahu berniaga sendiri! Lagipun mengapa perlu bersusah-payah? Mereka sudah dilahirkan dalam keluarga kaya-raya. Tidak perlu kerja pun tidak mengapa! Tiada class jika disuruh berniaga!Kelakuan The Wannababes membangkitkan rasa marah ahli-ahli lain. Membuatkan guru penasihat kelab itu sendiri mencabar mereka. Mesti jadi jutawan dengan usaha sendiri, bukan dengan duit ibubapa!Kata-kata cabaran itulah memulakan segalanya. Satu tugasan diberi kepada semua. Misi mencapai RM1 juta menjadi matlamat utama. Buatlah apa cara sekalipun. Asalkan dengan usaha sendiri mencapai RM1 juta.Maka bermulalah pengalaman lucu, kelakar dan menyedihkan dalam usaha mendapat RM1 juta. Ada yang mencari cicak bintik yang dikatakan boleh mengubat AIDS. Ada yang berniaga cupcake. Ada yang buat perkhidmatan pos surat layang Sri Bangsar. Isk! Macam-macam rupanya idea berniaga para pelajar demi mendapatkan RM1 juta.Dan The Wannababes sendiri mahu mencapai RM1 juta dengan cara paling gedik bergaya. Mereka mahu buka salun dan spa kecantikan remaja. Mampukah mereka jadi jutawan dengan usaha mereka sendiri?Bacalah kisah lucu gedik dunia remaja. Paling penting, dapatkan moral utama, hargai dana kewangan yang diberikan ibubapa! Ikuti nukilan AinMaisarah dalam novel bersiri Berita Harian bertajuk ‘Jutawan Gedik’
Jika mahu tahu lebih lanjut, apa bakal terjadi pada The Wannababes, dapatkan suratkhabar Berita Harian pada 15 Januari 2011.
Terima kasih atas sokongan semua.
Salam Sayang,
AinMaisarah
HEHEHE.. Bestnya baca! K.Ain, bestlah cerita 'Mr.Right Selebriti' tuh.. Pasal apa ah? kite pun x paham!!! @_@
BalasPadam